“Rumah Yang Ajar Erti Apa Itu Hidup” Kongsi Foto Rumah Lama, Shuib Beri Inspirasi

Tidak semua dilahirkan terus hidup dalam keadaan yang senang lenang namun ia tidak menjadi penghalang untuk seseorang itu berusaha bagi mengubah nasib diri.
Kisah Shuib Sepahtu dilaman Instagram membuatkan ramai juga salute dengan kehidupan kini apabila dia bukan sahaja diantara selebriti terkenal malah dia juga merupakan usahawan berjaya.
Shuib yang pada mulanya hanya berkongsikan sekeping foto namun disebaliknya membuatkan peminat salute melihat kapsyen ditulisnya sehingga posting ini juga meraih lebih 102,000 tanda suka.
Kata Shuib, itu merupakan foto rumahnya yang diduduki dari berumur 8 bulan sehingga 17 tahun. Tidur dekat ruang tamu pakai kelambu, pelita dan malam-malam pula boleh mendengar bunyi cengkerik.
“Rindu nak balik sini lagi, rumah yang mengajar erti apa itu hidup… jangan kisah dari mana kita datang kerana value kita tetap tinggi.”
Posting Shuib membuatkan rakan selebriti terkenal juga meninggalkan pelbagai komen buat kisahnya yang turut memberikan inspirasi.
Terbaik bro
Dalam pada itu, diruangan komen juga netizen memberikan maklum balas positif buat suami kepada penyanyi terkenal, Siti Sarah.


Reaksi netizen







Sumber: Shuib Sepahtu via HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Comments
Post a Comment