Ramai Tak Tahu Akan Kewujudan Kucing Kacak Yang Agak Nakal Ini

Ramai Tak Tahu Akan Kewujudan Kucing Kacak Yang Agak Nakal Ini

Kita sedia maklum sebenarnya kucing terdiri daripada banyak spesies. Ada spesies kucing yang jinak dan manja dan ada juga kucing yang liar dan berbahaya. Oleh kerana fizikal mereka yang comel dan sifat mereka yang manja dan melucukan, ramai orang yang tidak mahu ketinggalan untuk memelihara kucing.
Selain harimau dan harimau bintang ada lagi spesies kucing yang liar yang mungkin kurang dikenali ramai seperti kucing pallas. Pernahkah anda mendengar mengenai spesies ini?
Kucing pallas (Otocolobus Manul) adalah sejenis kucing yang dahulunya banyak terdapat di kawasan Asia Tengah. Kini, kucing ini diancam kepupusan dek kerana populasinya yang semakin sedikit. Jika dilihat sekali imbas kucing ini tidak banyak beza dengan kucing biasa namun jika diperhatikan secara terperinci, terdapat beberapa perbezaan antara kucing jinak yang lain dengan kucing pallas.
Baru-baru ini heboh di Twitter dengan ‘kemunculan’ kucing pallas sehingga menarik perhatian ramai netizen. Ada banyak sebab mengapa spesies ini tular dan antara sebabnya ialah keunikan fizikalnya dan ‘status’ nya sebagai kucing liar yang jarang-jarang dilihat.
Kucing yang diberi nama Polly ini terus menjadi ‘viral’ di internet memandangkan badannya yang berlemak dan kakinya yang lebih pendek daripada kucing lain. Netizen di Twitter bukan sahaja berkongsi foto tersebut malah semakin hangat membincangkan mengenai spesies itu.
Kucing unik ini juga dikenali sebagai “Mongolia Lynx”. Untuk membezakannya dengan kucing biasa, kucing ini mempunyai telinga yang besar dan lebih panjang.
Kucing spesies ini juga dikatakan sangat kuat dan tidak seperti kucing lain yang jinak. Namun, mereka tidak boleh mengecilkan badan seperti kucing lain.
Kerana haiwan ini adalah spesies terancam, mereka telah dipelihara oleh pemerintah Jepun, sehingga kebanyakan orang tidak diizinkan untuk memelihara kucing pallas ini. Kucing ini agak ‘dingin’ dengan orang yang tidak dikenalinya. Polly pun begitu juga.
Sumber: ERA BARU

Comments

Popular posts from this blog